TERMA & SYARAT

Pakej Gerenti Belajar Memandu Sampai Lulus


  1. Para pelajar atau calon mesti mematuhi segala terma, syarat, undang-undang dan peraturan daripada pihak Metro Driving Academy Puchong Perdana atau / dan Metro Driving Academy (Puchong) Sdn. Bhd atau / dan JPJ Malaysia 
  2. Pakej Gerenti Belajar Memandu Sampai Lulus ialah untuk peringkat Ujian Memandu JPJ, bukannya Ujian Undang-Undang Jalanraya Berkomputer bagi lesen baru.
  3. Para pelajar / calon mestilah belajar memandu dan mengikuti Ujian Memandu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.
  4. Para calon mestilah belajar memandu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Metro Driving Academy Puchong Perdana.
  5. Seandainya calon tersebut gagal di dalam Ujian Memandu, beliau dikehendaki belajar semula dan mengikuti Ujian Memandu semula, dan begitulah seterusnya sehingga lulus, dan TIADA bayaran tambahan dikenakan. 
  6. Seandainya calon tersebut masih gagal sehingga 10 kali Ujian Memandu, pihak Metro Driving Academy Puchong Perdana akan MEMULANGKAN SEMUA WANG yang telah dibayar, walaupun sebahagian wang tersebut telah digunakan untuk bayaran kursus, lesen L, upah tenaga pengajar, minyak kereta, sewa kereta dan sebagainya. 
  7. Pihak Metro Driving Academy Puchong Perdana juga berhak dan akan MEMULANGKAN WANG yang telah dibayar seandainya pihak kami dapati calon tersebut tidak menunjukkan peningkatan yang sewajarnya di dalam pembelajaran memandu. 
  8. Calon atau sesiapa sahaja tidak berhak untuk menuntut sebarang bentuk pampasan atau apa-apa sahaja selain yang telah ditetapkan di atas.