Friday 21 December 2012

3 Sebab Utama Kenapa Mereka Memiliki "Lesen Terbang"

Banyak kes melibatkan lesen memandu palsu yang telah kita dengar sebelum ini. Lesen memandu palsu atau lesen terbang ini diperolehi dengan membayar sejumlah wang yang agak mahal kepada orang tengah. Biasanya orang tengah atau ejen ini menjanjikan lesen yang akan diberi adalah lesen yang tulen. 



Selain itu, pembeli lesen terbang ini akan memperolehi lesen memandu tersebut dalam masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu menghadiri kursus atau pun ujian JPJ yang dijalankan. Ini menggalakkan lagi mereka-mereka ini untuk memiliki lesen memandu dengan cara sebegini.

3 sebab utama kenapa mereka ingin memiliki lesen memandu palsu atau "lesen terbang" ini ialah:

1. Kononnya mereka ini tiada masa. Amat sibuk dengan kerja, mengalahkan Perdana Menteri lagi sibuknya.
2. Ingin memiliki lesen memandu dengan cara mudah dan segera. Malas hendak baca buku undang-undang jalanraya dan hadir kursus serta ujian JPJ.
3. Kurang keyakinan diri untuk mereka lulus ujian JPJ. 

Walau apa pun sebab yang diberi, pemilikan lesen memandu palsu ini adalah salah di sisi undang-undang. Malah ia mendatangkan risiko seperti kemalangan bukan sahaja kepada pemegang lesen terbang tersebut, tetapi juga kepada pemandu yang lain disebabkan mereka ini tidak pernah menghadiri kursus dan latihan pemanduan yang sebenar.

JPJ tahan lelaki guna 'lesen terbang' sejak 7 tahun - Semasa - Sinar Harian